|
Mesti ramai di kalangan kita nak tau cara nak buat duit dengan blog. Ada beberapa cara untuk menjana pendapatan dari blog anda. Antara yang paling terkenal sekali adalah buat iklan di blog anda. Iklan ini di letakkan di tempat yang strategik di blog anda. Samada di sidebar, atas, bawah, kiri atau kanan kandungan blog anda. Bergantung kepada lokasi yang anda merasakan berpotensi untuk di jual kepada pengiklan..
Terdapat 2 jenis iklan yang boleh di masukkan ke blog anda.
1) Iklan text. contoh iklan adalah seperti di bawah. Text yang akan membawa pautan ke laman web pengiklan.
Malaysia Top Blogger
2) Iklan banner. Iklan yang mempunyai image banner samada kecil, besar atau sederhana.
Untuk iklan text dan banner anda boleh tetapkan harga kepada pengiklan untuk sebulan. Sebagai contoh sebulan rm30.
Perlu di ingatkan bahaawa, anda boleh menjana pendapatan melalui cara iklan di atas sekiranya anda mempunyai pengunjung blog yang tinggi dan blog anda memang menjadi tumpuan umum. Bila dah ramai pengunjung, pasti akan ada orang yang akan beriklan dengan anda.
