Sunday, April 29, 2012

Seo - Perbezaan Dofollow dan Nofollow link

Pada hari ini saya nak menceritakan cara untuk meningkatkan ranking di search engines dengan cara mendapatkan backlink dari web yang lain di luar sana.

Backlink merupakan satu cara untuk meningkat ranking blog anda di internet. Satu pautan link  ke website anda dari sebuah website berprofile tinggi akan membuatkan ranking website anda meningkat secara berperingkat. Ini kerana Search engine seperti Google akan mencari kandungan baru dengan mengindex website popular tadi, jadi secara tidak langsung Google akan mengindex web anda.

Perlu di ingat bahawa terdapat 2 jenis link, iaitu :-

NoFollow dan Dofollow

Dofollow link bermaksud, Google atau lain-lain search engine Spider akan mengindex web anda
manakala Nofollow pula bermaksud ia tidak akan mengindex web anda.

Contoh code html dofollow dan nofollow.

Dofollow


<a href="http://malaysia.topglobalsite.com">Malaysia Top Blogger</a>

No Follow


<a href="http://malaysia.topglobalsite.com" rel="nofollow">Malaysia Top Blogger</a>


Adakah anda nampak perbezaan di antara dofollow dan nofollow?
Sekiranya blog atau website tadi menggunakan Dofollow link untuk web anda seperti contoh di atas, bermaksud dia membenarkan Google Spider untuk mengindex  pautan link di blog beliau ke website anda. Tapi kalau dia menggunakan link nofollow, bermaksud dia tak mahu Google spider untuk mengindex blog anda. Hanya sekadar link pautan sahaja.

Diharapkan maklumat ni dapat membantu blogger2 untuk terus memperbaiki blog masing-masing, sebarang soalan atau cadangan boleh komen di bawah. terima kasih.

Dofollow, free backlinks, Nofollow, seo

 

© 2011 Malaysia Top Blogger - Designed by Mukund | ToS | Privacy Policy | Sitemap