Thursday, February 2, 2012

Kenapa Blogger Perlu Register Paypal?

Kenapa blogger perlu ada Akaun Paypal?

Apa itu Paypal? Paypal merupakan syarikat penyedia pembayaran dan penerimaan wang  melalui internet. Cuba bayangkan anda tinggal di Malaysia. Anda nak beli produk dari US melalui internet. Agak-agaknya bagaimana cara terbaik nak beli produk itu. Semestinya Paypal adalah pilihan yang terbaik. Ia adalah selamat dan terjamin.  Selain itu ada blogger juga boleh membeli produk bukan fizikal yang lain seperti domain, hosting dan servis di internet. Semua transaksi ini kebanyakannya menggunakan Paypal.  Jadi tidak rugi kalau anda register Paypal Sekarang.



Setiap akaun yang di daftarkan perlu melalui proses pengesahan. Jangan risau proses pengesahan amatlah mudah dan ringkas. Anda tak perlu untuk menghantar butiran diri, atau surat ke alamat Paypal di Usa. Cukuplah anda mempunyai kad kredit@kad debit sendiri. Sesiapa pun boleh menggunakan Paypal samada pelajar atau yang telah bekerja. Anda tidak dikenakan caj tahunan, Akaun ini adalah percuma.

Bagi mereka yang tinggal di Malaysia anda boleh menggunakan kad debit seperti Public Bank, Debit Card Cimb dan lain. Ingat blogger wajib mempunyai akaun Paypal.

Akaun Paypal

 

© 2011 Malaysia Top Blogger - Designed by Mukund | ToS | Privacy Policy | Sitemap