|
Kebanyakan blogger Malaysia yang popular, jarang menggunakan text ads atau dikenali sebagai iklan teks. Selalunya dorang ni guna pengiklanan banner. Buat satu page pasal pengiklanan banner saiz yang pelbagai. Mengikut bayaran bulanan yang mereka tetapkan.Pengiklanan banner ini mmg bagus, pendapatan kadangkala tinggi (sebab anda yang set kan harga iklan tu), tapi kena sediakan banyak ruang tuk buat pengiklanan jenis ni di blog anda.
Sebenarnya anda boleh gunakan alternatif yang lain, iaitu text ads. Text ads ni memerlukan ruang yang kecil, tak macam banner yang memerlukan ruang yang besar. Sebenarnya banyak website yang menyediakan pendapatan dengan text ads. kadang kadang kebanyakan pendapatan text ads ni lebih mahal daripada banner ads.
