|
Mungkin ramai blogger dah tau blogger ni boleh ditukar dengan nama domain name sendiri. Tapi ramai yang tak tau cara nak tukarkan alamat blog yang lama. nama blogspot,com yang lama ke nama domain name yang baru.
Apa kelebihan menggunakan domain name sendiri.
Antara kelebihan kalau menggunakan domain ni, mmg banyak. Antaranya sebab unik dan eksklusif, sebab kita sahaja yang guna nama domain tu. Nama tu dah jadi jenama kita. Lagi mudah orang nak mencari di internet. Tiada lagi nama alamat blog yang panjang .blogspot.com tu.
Sebagai contoh:
Anda ada satu domain name.
www.petai.com dan anda ada satu blog. http://sambalpetai.blogspot.com
Anda boleh redirect sambalpetai.blogspot.com ke petai.com
Maksudnya pelawat yang melawat ke sambalpetai.blogspot.com akan terus ke petai.com
Inilah kelebihan menggunakan Blogger produk Google ni, Pengunjung tetap akan masuk ke blog anda walaupun anda dah bertukar alamt blog ke petai.com
Tahukah anda yang Blogger juga membenarkan anda membuat subdomain untuk blog anda.
Apa itu subdomain:
Domain ialah : Petai.com
Sub domain ialah : Sambal.petai.com
Subdomain merupakan sub nama yang ada di hadapan domain. subdomain boleh diletakkan dengan apa-apa nama.
Dengan domain name tu, anda boleh buat hostkan banyak blog dalam satu domain name.
Sebagai contoh:- Anda mempunyai banyak blog di blogger.
1) http://sambalpetai.blogspot.com
2)http://jerukpetai.blogspot.com
3)http://gulaipetai.blogspot.com
Anda juga boleh redirect blog yang banyak tu ke sub domain anda petai.com
Sebagai contoh
1) http://sambalpetai.blogspot.com ke alamat baru http://sambal.petai.com
2)http://jerukpetai.blogspot.com ke alamat baru http://jeruk.petai.com
3)http://gulaipetai.blogspot.com ke alamat baru http://gulai.petai.com
Berapa harga nak beli domain name ni?
Harganya bergantung kepada jenis extension, macam .com/.net/.org/.info.
Harganya lebih kurang rm 35/setahun.
Cara nak beli domain ni amatlah mudah, boleh beli terus dari Blogger.
Caranya Mudah. Pergi ke
Setting > Publishing > Custom Domain
Lepas tu boleh terus order dari situ. Anda akan dikenakan caj sebanyak USD 10 Setahun. Tapi cara ni kena guna credit card/debit kad. Kalau tiada kad anda juga boleh beli daripada penjual domain name yang ada di Malaysia. Dan setkan domain name ke Blog masing2.
kalau ada sesiapa yang sudah mempunyai domain name. tapi tak tahu cara nak masukkan ke dalam blogger. Saya akan membantu anda dengan percuma. Sila hubungi saya@ komen di bawah
