Tuesday, January 24, 2012

Kenapa Blogger perlu ada domain name sendiri?

 Domain name ialah nama website. Ada bermacam-macam domain name. Antaranya .com, .net, .org dan banyak lagi. Domain name di atas di gelar TLD atau Top Level Domain. Sebab ia menjadi pilihan dan popular pada zaman ini. Ada juga domain name yang mengikut negara tertentu. Macam di Malaysia. Domain name .com.my, .org.my, .net.my, .my dan lain2. Di Singapura .sg, di Brazil .br , di Arab Saudi .sa , di UAE, .ae. dan banyak lagi. Tempoh domain ni adalah selama setahun. Selepas itu ia perlu di renew untuk tahun-tahun berikutnya.





Kenapa blogger perlu ada domain name sendiri?


Jawapannya adalah mudah, domain name ni ibarat brand@jenama. Apabila orang nak masuk blog kita semestinya orang itu akan mudah ingat blog kita. Sampai bila kita nak gunakan .blogspot.com nama yang mungkin kadang-kadang agak panjang dan susah di ingat. Jadi domain ni adalah cara nak membina jenama kita.

Tips untuk membeli domain name.


1) Belilah domain name dengan penjual yang terkenal. Jangan sesekali beli domain name pada reseller domain name yang tak berpengaruh. Biar mahal sedikit jangan sampai reseller tu tutup bisnes anda akan melopong sebab tak boleh renew domain tuk tahun berikutnya. Antara penjual yang disyorkan untuk membeli domain name ialah, Beli domain name melalui Godaddy.com dan publicdomainregistry.com @ penjual domain yg lain di Malaysia.

2) Belilah domain name yang mudah di ingat. Lebih pendek lebih baik. Elakkan untuk membeli domain name yang terlalu panjang.

3) Cari domain name yang expired, berkaitan blog anda. Anda boleh mendapat trafik dari domain expired tersebut. Untuk maklumat lanjut http://www.expireddomains.net

Kalau anda mempunyai domain name, anda boleh linking domain name tu ke blogspot anda. Jadi url blog anda yang panjang tu automatik akan ke domain baru anda.

domain name, domain to blogger

 

© 2011 Malaysia Top Blogger - Designed by Mukund | ToS | Privacy Policy | Sitemap