Monday, January 23, 2012

Bagaimana nak dapatkan password email yg hilang?

Zaman sekarang ni kalau kita online, kita takkan boleh lari daripada email. 99% pengguna yang online mesti ada email sendiri.  Antara penyedia email yang terkenal kat dunia ni Yahoo, Hotmail, Gmail, Lycos dan banyak lagi.  Kalau kita mendaftarkan email mmg mudah, tapi bagaimana cara kalau kita terlupa password email kita?






Bagaimana pula cara kita nak login masuk sekiranya kita terlupa password email kita?
Banyak sebab kenapa kita terlupa atau kehilangan password. Mungkin juga ada individu yang hack password email dan mencuri data-data penting kita. Jadi penyelia email percuma telah meletakkan tahap keselamatan yang tinggi sekiranya kita kehilangan password email kita. Anda perlu click di ruangan lost password dan akan di bawa ke page untuk mendapatkan kembali email tu.

Ada beberapa cara untuk mendapatkan email tu Antara cara yang sering digunakan ialah. :-

1) Link untuk mendapatkan password baru akan di hantar ke alternate email.

2) Anda harus menjawab soalan rahsia yang anda setkan sewaktu mula-mula berdaftar email.

3)Verification code akan di hantar terus ke mobile anda, Hanya perlu masukkan code tesebut dan boleh menukarkan password baru.

Semua cara di atas boleh di gunakan untuk mendapatkan kembali email anda. Itu pun sekiranya anda dah setkan alternate email, soalan rahsia dan no phone anda. Sekiranya anda tak setting memang agak sukar nak dapatkan password yang hilang. Jadi tugas anda sekarang, pergi ke setting email anda dah setkan maklumat-maklumat di atas. Ia akan menyelamatkan akaun email anda.

email password, emel

 

© 2011 Malaysia Top Blogger - Designed by Mukund | ToS | Privacy Policy | Sitemap