Tuesday, January 31, 2012

Bagaimana cara nak buat duit dengan blog?

Tahukah anda! Sesetengah orang menjadikan blog sebagai salah satu sumber pendapatan mereka. Ada di antara mereka yang mendapat sehingga beribu ringgit melalui blog mereka. Bagaimana mereka menjana pendapatan yang sebegitu tinggi melalui blog mereka.


Sebenarnya ada banyak cara untuk menjana pendapatan melalui blog. Antaranya melalui pengiklanan CPC (Cost per click), menjual produk atau servis sendiri, menjual produk affiliate dan sebagainya. Blogger ini sangat komited untuk membuat pendapatan melalui blog. Sebab itulah mereka berjaya mendapat pendapatan yang lumayan di internet.



Bagaimana nak memulakan langkah untuk menjana pendapatan mengguna blog?


Blog anda mestilah mempunyai pengunjung yang ramai untuk meningkatkan peluang menjana pendapatan di internet. Sekiranya anda mempunyai pengikut yang ramai. Peluang untuk menjana pendapatan melalui blog adalah amat tinggi. Anda boleh mendaftarkan blog anda di web yang menyediakan medium pengiklanan. Antaranya Google Adsense, Nuffnang dan sebagainya. Selain itu anda juga boleh mendaftarkan untuk menjualkan produk affiliate yang mana pendapatan yang lebih tinggi dari CPC (cost perclick). Anda juga boleh menyediakan ruangan banner pengiklanan secara bulanan, cari tempat-tempat kosong yang menarik di dalam blog anda khas untuk meletakkan banner pelanggan anda.

buat duit dengan blog, jana pendapatan online, make money online

 

© 2011 Malaysia Top Blogger - Designed by Mukund | ToS | Privacy Policy | Sitemap